Please give me one click, TQ :)

14 Mac, 2011

Kartun hiris perasaan rakyat Jepun

                
                 Akhbar Berita Minggu semalam (13 Mac) mencetuskan kontroversi apabila menyiarkan karikatur yang mempersendakan peristiwa tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.

                  Karikatur lukisan Zoy yang disiarkan dalam akhbar Berita Minggu ini memaparkan watak kartun 'Ultraman' berlari lintang-pukang menyelamatkan diri dari ombak besar tsunami yang membadai pantai Jepun.

                 Berikutan itu,ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan kemarahan mereka melalui laman Facebook dan Twitter terhadap Berita Minggu.Malahan ada yang mencadangkan supaya akhbar itu diboikot.

                 Satu laman petisyen online turut diwujudkan untuk membantah kartun tersebut,dan dalam beberapa jam saja,ia telah mengumpul 571 tandatangan.

                Ahli politik dari pihak kerajaan dan pembangkang turut mengecam kartun tersebut yang disifatkannya tidak sensitif.

                Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin dalam Twitter,menulis bahawa BH harus memohon maaf kerana menyiarkan kartun yang langsung tidak sensitif terhadap apa yang menimpa rakyat Jepun.

                 Ahli parlimen Lembah Pantai yang juga naib Presiden PKR,Nurul Izzah Anwar turut membidas penyiaran kartun itu  yang disifatkannya sebagai tidak wajar dan tidak mewakili rakyat Malaysia yang begitu bersimpati dengan nasib rakyat Jepun.

               Sementara itu,Berita Harian dalam satu kenyataan memohon maaf atas rasa kurang senang terhadap penyiaran karikatur tersebut.

            "Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi,"tambahnya.

             "Merujuk kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam,kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau bersikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

             "Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.Kami mendapat banyak reaksi dari pembaca berhubung ilustrasi tersebut menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin terhadap nasib rakyat Jepun,"katanya.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan