Please give me one click, TQ :)

28 Mac, 2011

Mengapa Yahudi Bijak?: Satu Kajian Ilmiah


                         (Artikel ini dipetik dari forum Cari,untuk renungan bersama)


Setelah 3 tahun berada di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana,ada
beberapa perkara menarik yang dapat saya perhatikan untuk tesis ini,iaitu 'Mengapa Yahudi Bijak'.Memang
tidak dapat dinafikan,ramai cendekiawan berbangsa Yahudi,dari segala bidang,kejuruteraan,muzik,sains dan 
yang paling hebat ialah bidang perniagaan,dimana ia memang paling tersohor.Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi,dari kosmetik,pakaian,pemakanan,senjata, perhotelan,perfileman di
Hollywood dan sebagainya.


Ketika tahun kedua,akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang
ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?Kenapa tuhan memberi kelebihan
kepada mereka?Apakah ini satu kebetulan?Atau oleh manusia sendiri?Adakah bijak boleh dijana?seperti kilang pengeluaran?


Maka hati saya pun tergerak membuat tesis untuk Ph.D saya,disamping kebaikan untuk umat
sejagat dan dapat hidup secara harmoni.Untuk pengetahuan anda,tesis yang saya lakukan ini mengambil
masa hampir lapan tahun,ini kerana untuk mengumpulkan data yang setepat mungkin.


Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan,adat resam,ugama,persiapan awal untuk
melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum lain.


Mari kita mulakan dengan persiapan awal untuk melahirkan zuriat.Di Israel,setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung,pertama kali saya perhatikan ialah,sang ibu akan sering menyanyi dan
bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik
bersama suami,saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik
dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tidak dapat menyelesaikannya,oleh kerana saya 
memang minat kepada matematik,tentu sahaja dengan senang saya membantu beliau.Saya bertanya kepada
'ia,ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan,saya sedang melatih otak beliau,semoga ia menjadi 
genius apabila dewasa kelak'Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti perkembangan beliau selanjutnya.Berbalik kepada matematik tadi,tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan sehingga beliau melahirkan anak.


Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau,sejak awal mengandung beliau gemar
sekali memakan kacang badam dan buah kurma bersama susu,dan untuk tengah hari makanan utama beliau
ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,
menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang
tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan otak anak dalam kandungan,menurut beliau ini adalah adat
orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi,perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka,Setiap hidangan yang sama saya perhatikan ialah mereka gemar sekali
memakan ikan (hanya isi atau fillet)dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan,menurut mereka,campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama.Salad dan kacang adalah satu
kemestian,terutamanya badam.  


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan sebelum memakan menu utama.
Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidang dengan buah-buahan dahulu.
Menurut mereka,jika memakan hidangan berkarbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan,
ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.


Di Israel,merokok adalah perkara 'taboo',apabila anda diundang makan di rumah Yahudi,jangan
sekali-kali merokok,dan tanpa malu mereka akan menyuruh kita keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka.Menurut saintis di Universiti Israel,siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel
utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes,ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang 
mendalami bidang genes dan DNA.Para perokok harap ambil perhatian.(Ironinya,pemilik dan pengeluar rokok terbesar adalah.....tekalah sendiri)


 Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka,pemakanan anak-anak tersebut cukup
dikawal,makanan awal ialah buah-buahan serta kacang badam diikuti dengan pil minyak ikan (code oil lever)
Dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh  bijak dan rata-rata mereka dapat menguasai 3 bahasa (Hebrew,Arab dan Inggeris)dan sedari awal mereka telah dilatih mbermain piano dan violin.Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan IQ kanak-kanak tersebut dan 
semestinya akan menjadikan budak itu bijak.


Ini menurut saintis Yahudi,gegaran muzik dapat merangsang(stimulate)otak seperti senaman otak,
maka itu terdapat ramai sekali genius muzik yang berketurunan Yahudi.   


Seterusnya dari darjah 1 hingga 6,kanak-kanak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan 
perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.Dalam pemerhatian peribadi saya,
perbandingan dengan anak-anak di California,ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan
6 tahun terbelakang!!Segala pelajaran akan dapat ditangkap begitu mudah oleh anak Yahudi.Selain itu,
sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah,menembak
dan berlari,menurut teman saya ia dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping memudahkan
persiapan untuk pertahanan negara.


Kemudian saya mengkaji tentang sekolah tinggi (menengah) mereka, di sini murid-murid ditekan dengan
mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk,segala projek mereka walaupun kadangkala 
kelihatan lucu,tetapi diteliti dengan serius apatah lagi ia berupa senjata,perubatan dan engineering,idea itu
akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.


Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan.Saya sungguh terperanjat melihat mereka 
begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan.Di akhir tahun di universiti,para penuntut dalam
bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 ahli
setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak US$1 juta!Anda terperanjat?Itulah kenyataan,dengan
rangkaian seluruh dunia dan ditaja oleh syarikat milikan Yahudi,maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai
1/2 perniagaan di dunia!Siapakah yang mencipta jenama Levi's yang terkini?Ia dicipta di Universiti Israel
oleh fakulti bisnes dan fesyen.


Pernahkah anda melihat orang Yahudi beribadah?Salah satu caranya dengan menggoyangkan kepala mereka,menurut mereka,ia dapat mengaktifkan otak dan menambah oksigen di kepala.Agama seperti Islam 
juga ada menyuruh umatnya menunduk dan menggoyangkan kepala,ia dapat mensimulasikan otak kita supaya
lebih aktif.Lihat orang Jepun, mereka sering menundukkan kepala dan ia adalah sebagai adat.Ramai orang Jepun yang pandai?Adakah ia sebagai kebetulan?Kegemaran mereka ialah sushi(ikan mentah) Adakah ini kebetulan?Fikirkanlah!


Berpusat di New York,Dewan Perniagaan Yahudi (JBH) bersedia membantu mereka yang berminat untuk
memulakan bisnes(sudah tentu untuk Yahudi sahaja)jika mereka ada idea yang bernas,jawatankuasa akan 
memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk
memastikan perniagaan mereka di landasan yang betul.Maka lahirlah Starbucks,DKNY,Dell Computer,
Oracle,Levis,Dunkin Donuts dan beraatus kedai ternama dibawah naungan Dewan Perniagaan Yahudi di New York.Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York disarankan untuk mendaftar dengan pertubuhan ini dan digalakkan membuka klinik dengan pinjaman tanpa faedah,barulah saya tahu mengapa
hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. 


Kesimpulannya,pada teori saya,melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman,ianya memerlukan masa,berapa generasi mungkin?Persiapan awal adalah ketika ibu mengandung,galakkan si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten dan di samping mendengar muzik klasik.Seterusnya ubahlah cara pemakanan,makanlah makanan yang elok dan berkhasiat
serta baik untuk otak,menghayati muzik sejak kecil adalah baik untuk pertumbuhan otak kanak-kanak,
bermain piano atau violin sudah tentu dapat melatih minat anak-anak mencerdaskan otak mereka seperti sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi seperti memanah,bola keranjang dart dan menembak.


Merokok melahirkan generasi yang goblok (bodoh)dan sudah tentu gene yang bodoh akan mengalir pada generasi si perokok.Lawatan saya di Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali,di sini perokok seperti dianaktirikan dan amat susah sekali untuk si perokok dan anda tahu harga berapa sekotak rokok? US$7.00!!! Ini bersamaan perbelanjaan makan sehari anda!!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura
yang menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ia begitu taboo dan cara pemerintahan dan pembelajaran
mereka hampir serupa dengan Israel,maka saya lihat banyak institusi-institusi pendidikan mereka bertaraf dunia walaupun negara pulau Singapura hanya sebesar Manhattan!!!


Anda pun musykil bagaimana merokok boleh melahirkan generasi goblok,saya telah menemui beberapa teori menyokong pendapat ini.Lihat sahaja di Indonesia,jika ke Jakarta,dimana saja anda berada sama ada di restoran,teater,kebun bunga hingga ke muzium anda akan sentiasa terhidu asap rokok!!! Harga rokok di
sana pula? US$0.70!!! Dan hasilnya?dengan penduduk berjumlah ratusan juta orang berapa lah sangat institusi pendidikan di sana?Apakah yang dapat dibanggakan?Teknologi?Jauh sekali.Adakah mereka dapat
berbahasa selain bahasa ibunda mereka sendiri?Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris?Di tangga berapakah kedudukan mereka dalam pertandingan matematik sedunia?Adakah ini bukan
akibat merokok?Fikirkanlah....


Di tesis saya ini,saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir
dari zaman Pharaoh hingga zaman Hitler,bagi saya itu unsur politik dan survival,yang ingin saya ketengahkan 
ialah,mampukah kita dapat  melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi?Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ia memerlukan perubahan,dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan hanya memerlukan 3 generasi sahaja.Ini dapat saya lihat pada cucu saya,setelah saya mengajar anak saya melalui apa yang  saya katakan di atas,pada usia 9 tahun,cucu saya dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh.
Tajuk eseinya hanyalah: Mengapa saya gemarkan tomato!


Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan 
manusia sejagat tanpa mengira batasan bangsa.


(Oleh Dr.Stephen Carr Leon,susunan semula Faez's Page)  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan