Please give me one click, TQ :)

01 Mac, 2011

Resepi Chicken Chop

BAHAN-BAHAN (hidangan untuk 1 orang)
1) 100gram serbuk roti
2) 1 paha ayam tanpa tulang
3) 1 biji telur
4) 50gram tepung gandum
5) Sedikit garam
6) Sedikit lada putih
7) 80gram sayur campur
8) 3 sudu mayonis
9) Sedikit gula
10) 2 ulas bawang putih (cincang halus)
11) 1 ulas bawang besar (cincang halus)
12) 1/4 sudu teh herba campuran
13) 1/2 cawan sos barbecue (terdapat di pasaraya)
14) 1 genggam kentang 'French Fries'
15) Sedikit air

CARA-CARA PENYEDIAAN
1) Lumurkan garam dan lada putih pada paha ayam.
2) Salutkan ayam dengan tepung dahulu,kemudian salutkan dengan telur dan akhir sekali salutkan dengan serbuk roti.
3) Goreng ayam dalam minyak yang penuh sehingga ayam menjadi warna keemasan.
4) Untuk membuat sayur,campurkan sayur campur dengan 1/2 sudu makan bawang besar,sedikit gula,garam dan lada putih.Kacau sehingga sebati.
5) Untuk sos, tumis 1 sudu bawang merah,2  ulas bawang putih dan herba campuran sehingga wangi,kemudian masukkan sos barbecue dan air.Masak sehingga likat.
6) Untuk kentang,goreng kentang dengan minyak yang banyak sehingga garing dan keemasan.
7) Hidangkan ayam,sayur,sos dan kentang atas pinggan.Sedia untuk dihidangkan.

  (*dalam gambar chicken chop di atas,terdapat hiasan timun yang langsung tiada dalam resipi.Sekiranya anda ingin menambah apa saja,tambahlah mengikut citarasa anda.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan