Please give me one click, TQ :)

13 April, 2011

Peragut berijazah

                                               Gambar hiasan.


Dua orang pegawai polis telah bertindak pantas menangkap seorang peragut yang meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Sultan Abdullah di Teluk Intan,Perak,semalam.


Kedua anggota polis tersebut bertindak mengejar peragut tersebut setelah wanita yang cuba diragutnya itu menjerit meminta pertolongan.Mereka mengejar peragut bermotosikal tersebut dengan menggunakan motosikal mereka.Suspek kemudiannya telah berjaya ditahan setelah dia terbabas di satu selekoh.Sebelum itu.dia telah membuang beg yang diragutnya itu.


Ketua Polis Bahagian Hilir Perak,Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata,pemeriksaan ke atas suspek telah menemui beberapa keping kad pengenalan mangsa ragut,wayar kabel USB,alat menghisap syabu dan pemacu pena.Suspek juga telah meragut sebanyak 13 kali dan positif dadah.


Lebih mengejutkan,suspek yang berasal dari Jalan Maharaja Lela di sini ialah pemegang ijazah.Suspek kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 13 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah ragut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan