Please give me one click, TQ :)
15 Mei, 2011
Selamat Hari Guru
Pada 16 Mei setiap tahun,Hari Guru disambut bagi memperingati jasa guru dalam mendidik anak-anak bangsa serta melahirkan modal insan berkualiti.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang mengajar saya dulu,dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah,dari darjah 1 hingga tingkatan 5.Jasamu tak dapat kubalas walaupun dengan segunung emas mahupun wang ringgit.
Wahai semua guru-guru,renungilah sajak 'Selamat Hari Guru' nukilan Sasterawan Usman Awang ini:
SELAMAT HARI GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa dialah sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja bertakhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Segalanya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-bicara
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Usman Awang,1979.
Semoga jasa guru-guru dalam mendidik anak bangsa akan dirahmati oleh Allah SWT.Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan