Obor merupakan salah satu pelengkap yang perlu ada dalam setiap Sukan Olimpik.Baru-baru ini,reka bentuk baru bagi obor Sukan Olimpik 2012 ini telahpun didedahkan secara rasmi.Obor tersebut (gambar atas) akan diarak ke seluruh dunia sebelum dinyalakan pada temasya tersebut di London.
Siapakah yang mereka obor tersebut? Perekanya 'yang bertuah' itu ialah Edward Barber dan Jay Osgerby. Tentunya mereka akan merasa gembira dan bangga kerana obor rekaan mereka berdua akan diarak dalam temasya sukan terbesar dunia itu.
Obor tersebut mempunyai 8,000 rongga kecil yang mewakili 8,000 orang yang membawa obor ini,dan berbucu tiga yang melambangkan sudah 3 kali temasya ini diadakan di United Kingdom.Untuk menjadi pemegang obor Olimpik,obor ini perlu diarak sejauh 1 batu dan pengaraknya mesti berusia 12 tahun ke atas. Memandangkan obor ini perlu dinyalakan api di atasnya,maka orang yang membawa obor ini mestilah tahan kepanasan.Maka gandingan Barber-Osgerby telah menghasilkan rongga tersebut supaya udara akan menyerap masuk ke dalam obor tersebut dan menyejukkan obor tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan