Please give me one click, TQ :)

23 Ogos, 2011

Akhirnya Gaddafi tersungkur jua...


Semalam,tercatatlah dalam sejarah Libya apabila pemimpinnya Muammar Gaddafi serta rejimnya akhirnya telah berjaya ditumbangkan selepas pemberontakan berlarutan selama 6 bulan.Gaddafi yang memerintah Libya secara autokratik dan kuku besi selama 42 tahun,ditumbangkan setelah pihak pemberontak telah berjaya menawan seluruh Libya terutamanya ibu negerinya,Tripoli.

Bagaimanapun,nasib bekas pemimpin Libya itu tidak diketahui.Mungkin ia berada di sekitar kediamannya di Bab Al-Aziziyah,Tripoli.Gaddafi dipercayai bersembunyi di kubu kuat bawah tanah di kediamannya itu selepas kompleks kediamannya musnah dibedil pemberontak.

Pada pandangan saya,kejatuhan Gaddafi dapat menamatkan pemberontakan yang berlaku di negara tersebut akibat daripada keengganan Gaddafi berundur.Saya juga berharap agar kejatuhannya juga dapat membangkitkan semula sinar demokrasi di Libya yang telah diragut oleh pemerintahan Gaddafi. ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan