Hasrat penyanyi popular,Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya,Datuk Seri Khalid Mohd.Jiwa untuk membina masjid sendiri akhirnya termakbul apabila Masjid Al-Khalidiah di Sungai Petani,Kedah berharga RM1.7 juta yang dibiayai sepenuhnya pasangan itu dirasmikan oleh Sultan Kedah,Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah,semalam.Sempena majlis tersebut,mereka turut mengadakan majlis tahlil dan doa selamat.
Masjid Al-Khalidiah dibina oleh Yayasan Nurjiwa yang dipengerusikan Datuk Seri Khalid sendiri,mula dibina pada 2009 dan siap pada akhir tahun lalu.Ia dibina bagi menggantikan masjid lama Sungai Petani yang telah berusia 115 tahun.
Sementara itu,Siti Nurhaliza ketika dihubungi berkata,'Siti rasa teruja kerana impian untuk melihat masjid ini siap sepenuhnya menjadi kenyataan.Bagaimanapun,paling menggembirakan Siti ia dilancarkan secara rasmi serentak dengan ulang tahun kelahiran suami Siti yang jatuh pada hari ini (semalam)' katanya.
Khalid pula berkata: 'sewaktu kecil,saya sudah menyimpan hasrat untuk membina sebuah masjid dan saya bersyukur kerana apa yang saya impikan menjadi kenyataan.Nama Al-Khalidiah itu dipilih dua orang yang berbeza iaitu guru saya di Makkah dan juga imam di kampung saya ini.Memandangkan maksudnya indah iaitu salah satu nama syurga dan juga sebuah keluarga yang besar,jadi saya pun memilih nama itu untuk masjid itu,' katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan