Pasti ramai rakyat Malaysia terutama yang pernah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengetahui peristiwa Bukit Kepong setelah menonton filem 'Bukit Kepong'.pastinya filem ini dapat menyemarakkan semangat rakyat Malaysia tercinta ini selepas menontonnya.
Untuk mereka yang tidak sempat menonton filem tersebut,ringkasnya,ia memaparkan satu insiden di mana
Rumah Pasung (Balai Polis) Bukit Kepong,Muar,Johor diserang oleh sekumpulan 180 pengganas komunis pada pukul 4.30 pagi, 23 Februari 1950.Pengganas komunis mengarahkan 22 orang anggota polis menyerah diri bagi menyelamatkan nyawa mereka. Namun,anggota polis yang diketuai Allahyarham Sarjan Jamil Mohd. Shah enggan menyerah diri.
Wira-wira negara ini telah bersemangat berjuang sehingga titisan darah terakhir.Malah, isteri mereka juga turut memikul senjata berjuang bersama suami mereka.Akhirnya,seramai 22 wira terkorban: 18 orang anggota polis dan 4 orang tanggungan mereka.Salah seorang wira yang terselamat,arwah Sarjan Yusof Rono,meninggal dunia pada 15 April 2005 ketika berusia 83 tahun.Dengan pemergian arwah,maka tiada lagi 'survivor' peristiwa hitam ini.
Insiden ini adalah 'Alamo' Malaysia.
Apakah pengiktirafan negara terhadap wira-wira Alamo ini?Difahamkan tiada pun seorang daripada mereka yang dianugerahi gelaran Darjah Perkasa seperti Seri Pahlawan(SP) ATAU Pingat Gagah Berani(PGB)
malah Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) pun tiada.Sedangkan insiden Bukit Jenalik/Sauk kira-kira 50 tahun selepas peristiwa tersebut (2000) mencatatkan penganugerahan dua SP dan empat PGB kepada mereka yang terlibat.Mengapa mereka,wira-wira Bukit Kepong tidak dianugerahkan dengan darjah-darjah kebesaran tersebut?Adakah pengorbanan mereka langsung tidak memenuhi syarat-syarat anugerah berkenaan?
(Dipetik dari Forum,Utusan Malaysia, 10 Februari 2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan