Please give me one click, TQ :)

30 Mac, 2011

Bieber tundukkan Jacko


Populariti penyanyi pop remaja dari Kanada,Justin Bieber,17,kini telah dikatakan mengatasi populariti Raja Pop,Michael Jackson apabila filem biografi mengenai dirinya,'Never Say Never' telah meraih kutipan AS$72.2 juta (RM223 juta).Ia sekaligus menjadikan ia sebagai rekod baru dan memecahkan rekod terdahulu yang diungguli filem biografi Michael Jackson (Jacko) yang mencatat kutipan AS$72 juta (RM218 juta).

Meskipun telah mengatasi rekod Raja Pop itu,Bieber tetap merasa rendah diri dengan mengganggap Michael Jackson masih layak digelar 'Raja Pop Dunia' dan wajar kekal sebagai idola nombor satu dunia.

'Saya ucapkan terima kasih kepada semua peminat-peminat dan pihak yang terus menyokong 'Never Say Never' di seluruh dunia.Tetapi Jacko akan sentiasa kekal sebagai Raja Pop',tulis Bieber dalam laman Twitternya.

Filem dokumentari mengenai Michael Jackson adalah mengenai ketika menjalani latihan dan ketika menjalani persembahan di London.Filem itu ditayangkan pada tahun 2009 iaitu selepas kematian tragis Raja Pop itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan