Please give me one click, TQ :)

30 Mac, 2011

Poco Poco diharamkan di Perak


Tarian poco-poco yang merupakan senaman yang paling popular dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam sebagai satu aktiviti riadah telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria berkata,tarian tersebut difatwakan haram kerana ia mempunyai unsur-unsur agama Kristian selain mempunyai unsur pemujaan roh.

Katanya,keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

'Kajian mendapati tarian yang berasal dari Jamaica itu mempunyai ciri agama Kristian.Maka ia haram bagi umat Islam mengamalkannya,kata Harussani.

Tarian poco-poco berasal dari Jamaica sebelum tersebar di rantau lain.Negara pertama di Asia Tenggara yang menerima tarian ini ialah Filipina.Tarian ini ditarikan oleh masyarakat beragama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Ia dapat dilihat melalui cara pergerakannya yang berbentuk seperti salib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan