Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.......Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia....
Sekarang ni,aku dan semua rakan seperjuanganku memang sedang berdebar menantikan tarikh yang paling keramat buat semua bekas calon-calon SPM 2010: 23 Mac 2011.
Mengapakah tarikh itu dianggap 'tarikh keramat'? Jawapannya ialah pada tarikh itu ialah tarikh dimana RESULT SPM 2010 akan dikeluarkan pada hari tersebut.
Sudah tentunya semua bekas calon SPM 2010 termasuk aku sedang ber DUB DAB DUB DAB jantungnya....aku sendiripun jantung aku berdegup punye la kencang....
Alahai...bagaimanalah result aku agaknye ha? LULUS ke GAGAL? Apa-apapun aku kenalah berserah pada Allah s.w.t. dan berdoa supaya dikuatkan semangat aku untuk menghadapi semua ini...aku tak kisah kalau tak dapat yang cemerlang...janji BM tak gagal...tak dapat sijil aku nanti...
Aku sedar bahawa result ni penting untuk menentukan masa depan aku...kalau result ok tentu mase depan aku cerah tapi kalau sebaliknye? Ntah la... yang penting tunggu lah hari penentuan esok.
Aku yakin mesti esok ramai orang yang call aku esok nak tanye result aku nanti...ntahlah...apapun,mahu tak mahu aku kena jgk redha dengan keputusan aku, dah itu saje tahap kesungguhan aku...Akhir kata aku ucapkan 'semoga berjaya' atau 'good luck' kepada aku sendiri dan semua rakan seperjuangan aku yang akan mengambil result pukul 10 pagi esok...Ok... bersedialah untuk menempuh kehidupan baru lepas dapat result SPM ni...
Sekian,Wabilahitaufiq walhidayah,wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh...Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan