Please give me one click, TQ :)

16 April, 2011

Pilihan Raya Sarawak 2011


Hari ini merupakan hari yang bersejarah dan penting bagi anak-anak Sarawak kerana hari ini ialah HARI PENENTUAN bagi masa depan rakyat Sarawak.Ini kerana hari ini merupakan hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ke-10.

Seramai 979,796 pengundi berdaftar- 961,433 pengundi biasa dan 18.363 pengundi pos,akan menggunakan hak mengundi mereka untuk memilih pemimpin yang berupaya memastikan kemansangan dan kelangsungan masa depan anak Sarawak.

Sebanyak 71 kerusi DUN dipertandingkan dalam pilihanraya Sarawak kali ini.Kali terakhir pilihan raya Sarawak diadakan adalah pada 20 Mei 2006.Seramai 24,379 petugas SPR akan ditempatkan di 1,749 pusat mengundi dan 2,561 saluran pengundian.

Berdasarkan komposisi DUN Sarawak sebelum dibubarkan,Barisan Nasional (BN) menguasai 63 kerusi,manakala pembangkang-Democratic Action Party(DAP)6 kerusi,Parti Keadilan Rakyat (PKR),Parti Cinta Malaysia(PCM) dan Bebas masing-masing 1 kerusi.

Kepada semua rakyat Sarawak yang mengundi pada hari ini, SELAMAT MENGUNDI!!!  :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan