Please give me one click, TQ :)

25 April, 2011

Nasi Lemak


Nasi lemak sememangnya menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia termasuk saya sendiri.Biasanya nasi lemak dinikmati sebagai juadah sarapan pagi.Ia bukan sahaja dinikmati di Malaysia,bahkan di Singapore,Brunei,Kepulauan Riau dan selatan negara Thailand.Saya juga berbangga kerana nasi lemak juga telah dijadikan produk warisan negara Malaysia.Kini ia bukan saja hanya dihidang untuk sarapan pagi saja,bahkan pada bila-bila masa.Ia juga dikenali di Indonesia sebagai 'nasi uduk'.

Nasi lemak juga dalam bahasa Inggerisnya 'fatty rice' dibuat menggunakan nasi yang dicampur dengan santan serta distimkan.Daun pandan juga dimasukkan dalam nasi bagi memberikan lebih aroma.Rempah seperti halia
dan sekali-sekala daun serai ditambah.

Secara tradisinya nasi lemak dibalut dengan daun pisang,dengan beberapa potong timun,ikan bilis,kacang goreng,telur rebus,dan sambal.Sebagai lauk tambahan,ia ditambah dengan ayam,sotong,peparu,rendang daging,kangkung,achar dan sebagainya.

Nasi Lemak juga banyak dinikmati di Malaysia dan Singapore,serta ia juga turut dijual di kantin sekolah-sekolah di Malaysia.Biasanya sebagai jamuan sarapan pagi di kedua negara,ia biasanya dijual di medan selera
di Singapore serta gerai tepi jalan di Malaysia.Ia biasanya dibungkus dengan kertas suratkhabar,kertas perang,atau daun pisang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan