Please give me one click, TQ :)
08 April, 2011
Telur tiruan dirampas
Baru semalam artikel tentang telur ayam yang tiruan ditulis oleh kita,semalam juga,beberapa pasar di Pulau Pinang diserbu kerana menjual telur ayam tiruan.Penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang semalam telah menyerbu sebuah pasar di Pulau Tikus,Pulau Pinang dan merampas 270 biji telur ayam yang dipercayai tiruan.
Dalam serbuan itu pada pukul 10.30 pagi,sebanyak 90 biji telur ayam dijual di pasar itu.
Difahamkan,telur tiruan yang mempunyai saiz yang lebih besar daripada telur biasa itu,diperoleh daripada beberapa pemborong di negeri itu.
Menurut peniaga,mereka langsung tidak dimaklumkan tentang kualiti telur tersebut,sebaliknya ia dijual seperti biasa pada harga RM11 bagi 30 biji.
Ketua pegawai Penguatkuasa PDNKK,M Guna Selan berkata,telur itu dirampas untuk mengkaji ketulenannya.
Katanya,serbuan itu dibuat dari laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tentang isu itu kelmarin.
'Kami segera melakukan pemeriksaan ke atas premis yang menjual telur tersebut.Sampel telur itu akan dibawa di makmal dan keputusan akan diperoleh dalam jangka masa terdekat,'katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan