Please give me one click, TQ :)

01 April, 2011

Tony Fernandes dianugerahi CBE


Team Lotus dan juga 'bos' Air Asia,Datuk Seri Tony Fernandes telah menerima anugerah kebesaran Britain,Commander of the Order of the British Empire (CBE) yang disampaikan oleh Ratu Elizabeth II di London,semalam.Anugerah itu disampaikan kerana 'perkhidmatannya telah mempromosikan hubungan komersial dan pendidikan'antara UK dan Malaysia.

'Saya merasa sangat-sangat merendah diri untuk menerima anugerah ini pada hari ini (semalam) dan saya berterima kasih kepada Baginda Ratu kerana telah menganugerahi saya dengan anugerah ini.Lebih dari penghormatan peribadi,ia boleh dijadikan pelonjak untuk mempertingkat hubungan baik UK-Malaysia,terutama dalam bidang perniagaan,pendidikan,dan kebudayaan.

'Saya menerima anugerah ini pada hari ini bukan atas usaha saya saja,tetapi pada semua orang yang bekerja dengan saya,walau dimana saja di dunia ini.Ini adalah kerana dedikasi,kepuasan,keghairahan,dan kerja keras yang membimbing saya pada setiap hari dan ia adalah penganugerahan teragung untuk mendapat kelebihan untuk bekerja dengan mereka,' kata Fernandes.

CBE ialah anugerah kedua yang diperolehi Fernandes di Eropah.Tahun lalu,kerajaan Perancis telah menganugerahinya dengan gelaran Officier of the Legion d'Honneur,anugerah tertinggi untuk bukan warga Perancis,oleh kerana peranan pentingnya dalam industri penerbangan.Fernandes juga dinamakan sebagai 'Asia Businessman of The Year 2010'oleh majalah perniagaan antarabangsa,Forbes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan