Please give me one click, TQ :)

01 April, 2011

Apabila kereta berlakon teater


Manusia berlakon di pentas teater dalam pelbagai karakter adalah satu perkara biasa dalam dunia seni persembahan.Namun,bagaimana pula jika objek yang 'tidak bernyawa' seperti kereta diberi 'nyawa' untuk berlakon teater?

Bukan sekadar menjadi prop pementasan teater yang kaku,ia juga boleh berkata-kata,mengenyitkan mata,malahan melompat.Pendek kata,ia benar-benar hidup!

Selamat datang ke dunia pementasan bertaraf global Disney On Ice-World Of Fantasy yang dijangka melakukan pementasan bergerak ke 70 buah negara di serata dunia.

Persembahan tersebut akan bermula hari ini-1 April hingga 3 April di Kuala Lumpur bertempat di Stadium Tertutup Bukit Jalil,Kuala Lumpur.

Persembahan yang menampilkan karakter-karakter popular Disney itu bakal menampilkan diri pertama kali di atas pentas,karakter-karakter popular yang ditampilkan dalam filem pecah panggung, The Cars.

Ini bermakna karakter dari filem The Cars seperti Lightning McQueen,Mater,Doc Hudson,Sally Carrera,Luigi dan Ramone akan berkongsi pentas Disney On Ice:World Of Fantasy bersama karakter Disney yang muncul buat pertama kali iaitu Tinker Bell.

Persembahan itu turut disertai oleh karakter-karakter dari filem animasi The Lion King dan The Little Mermaid yang pernah muncul melalui siri pementasan Disney On Ice sebelum ini.


Namun,apa yang unik ialah cara penerbit teater ini,Feld Entertainment yang berjaya membina jasad hidup Lightning McQueen dan rakan-rakannya untuk dijelmakan sebagai pelakon teater tersebut.

Berbanding di layar perak yang menyaksikan mereka muncul dalam bentuk animasi,di pentas teater itu pula,mereka hadir dalam bentuk binaan kereta.

Ia adalah hasil kerja yang dilakukan oleh 2000 tenaga kerja yang dapat menyiapkannya dalam tempoh tiga bulan.

Antara ciri-ciri yang memberi 'nyawa' kepada setiap binaan kereta tersebut termasuklah bahagian mulut yang boleh berkata-kata yang dibuat dari getah.

'Disebabkan setiap binaan kereta itu diprogramkan dengan sistem animatronics yang dibina hasil gabungan teknologi kinetik dan elektronik,maka ia boleh melakukan aksi melompat,mengenyitkan mata dan bergerak ke hadapan serta mengundur,'kata Naib Presiden Elemen Babak Pentas Feld Entertainment,Rick Papineau.

'Pergerakan binaan kereta tersebut diprogramkan dalam komputer sebelum dimuat turun ke dalam kotak kawalan yang dibina dalam setiap kereta tersebut.kotak kawalan tersebut dikawal oleh alat kawalan tanpa wayar,'jelasnya lagi.

'Setiap binaan kereta tersebut boleh bergerak sehingga 64 km sejam tapi atas sebab keselamatan,ia diprogramkan supaya dapat bergerak kurang daripada 24 km sejam.'

'Apa yang pasti,pementasan Disney On Ice-World Of Fantasy itu bakal menyajikan suatu kelainan apabila watak-watak The Cars itu menonjolkan bakat lakonan masing-masing di atas pentas,ujar Papineau.

Sebarang pertanyaan mengenai Disney On Ice-World Of Fantasy,boleh menghubungi talian 03-74933010/78807999 atau layari laman web www.prworldwidelive.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan