Dengar cerita,laman Facebook Hot FM telahpun digodam atau 'hack' oleh seorang penggodam yang menggelarkan dirinya Jack Sparrow daripada Rileks Crew.
Ia dapat dilihat daripada gambar profil yang terdapat pada fanpage tersebut.Gambar profilnya telah ditukar kepada gambar Jack dan statusnya juga menyebut Jack.Laman fanpage tersebut mula digodam pada 2.20 pagi tadi.
Laman tersebut digodam sewaktu 5 jam terakhir waktu bertugas DJ Chad dan Deen.Antara status yang digodam tersebut ialah: 'This page has been hacked by Jack Sparrow::Mess with the best...Die like the Rest::::CREDIT to::-=[Rilexscrew]=--= [h3x4 crew]=--=[Newbie3viLc0d3s]=--=[Hacking | Crew]=-'
Setakat ini tujuan penggodaman masih belum dikenalpasti.Masih belum ada tindak balas dari pihak pengurusan Hot FM berhubung perkara ini.Stay tuned.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan