Please give me one click, TQ :)

27 September, 2011

Jalur Gemilang dan bendera Amerika Syarikat:Persamaan dan perbezaan


PERSAMAAN
1) Mempunyai 14 jalur melintang berwarna merah dan putih.
2) Mempunyai petak berwarna biru di atas sebelah kiri.
3) Bintang yang terdapat pada kedua-dua bendera melambangkan jumlah negerinya,contoh Jalur Gemilang mempunyai  bintang 14-bucu yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia manakala bendera AS pula mempunyai 50 butir bintang yang mewakili 50 buah negerinya.

PERBEZAAN
1) Jalur Gemilang mempunyai bulan sabit dan bintang 14 bucu,manakala bendera AS hanya mempunyai 50 butir bintang saja.
2) Bintang Jalur Gemilang berwarna kuning manakala bintang bendera Amerika Syarikat berwarna putih.
3) Jalur Gemilang mempunyai warna merah,putih,kuning dan biru manakala bendera AS tidak mempunyai warna kuning (hanya merah,putih dan biru)
4) Petak biru bendera US lebih kecil berbanding Jalur Gemilang.

     
         

23 Ogos, 2011

Akhirnya Gaddafi tersungkur jua...


Semalam,tercatatlah dalam sejarah Libya apabila pemimpinnya Muammar Gaddafi serta rejimnya akhirnya telah berjaya ditumbangkan selepas pemberontakan berlarutan selama 6 bulan.Gaddafi yang memerintah Libya secara autokratik dan kuku besi selama 42 tahun,ditumbangkan setelah pihak pemberontak telah berjaya menawan seluruh Libya terutamanya ibu negerinya,Tripoli.

Bagaimanapun,nasib bekas pemimpin Libya itu tidak diketahui.Mungkin ia berada di sekitar kediamannya di Bab Al-Aziziyah,Tripoli.Gaddafi dipercayai bersembunyi di kubu kuat bawah tanah di kediamannya itu selepas kompleks kediamannya musnah dibedil pemberontak.

Pada pandangan saya,kejatuhan Gaddafi dapat menamatkan pemberontakan yang berlaku di negara tersebut akibat daripada keengganan Gaddafi berundur.Saya juga berharap agar kejatuhannya juga dapat membangkitkan semula sinar demokrasi di Libya yang telah diragut oleh pemerintahan Gaddafi. ~

17 Ogos, 2011

Suka Dalam Hampa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...Aku menulis di blog ini dengan hati yang hampa...kerana aku tak dapat cuti raya ni...aku kena kerja...ni lah kali pertama aku kena korbankan cuti raya...sejak drpd kecik sampai besar aku dapat beraya,tapi kali ni aku tak dapat...tp aku terfikir,kalau aku cuti,macam mana orang nak isi minyak,ye tak?Aku nak atau tak aku terpaksa jugak sesuaikan diri dgn keadaan baru ni...tp takpe...aku mesti akan dpt bawak bekal rendang ayam dgn nasi impit kesukaan aku...wow sedapnya...oklah aku chow dulu...assalamualaikum n selamat sejahtera... :)

06 Ogos, 2011

Penatnya...

Assalamualaikum...masuk hari ni dah 6 hari kita berpuasa...Bulan puasa tahun nilah bagi aku yang paling memenatkan dalam hidup aku...pasal tahun ni aku dah kerja kat stesen minyak...lagi penat drpd masa aku sekolah dulu.Aku balik kerja je terus aku tido... Aku kerja dr 7.30 pg sampai 3.30 petang pastu bila balik kerja tak tau nak buat apa,tido je la... :D Aku anggap puasa kali ni yang paling memenatkan pasal aku tak dapat minum air mcm hari biasa...Dahaganya jgn cakap la..koring gilo tekak den...raye pun lg 24 hari lagi...tak sabar nak raya...aku mungkin akan cuti raya 3 hari...tengok la dulu...aku cuba bodek boss dulu... :D Ok la nanti kalau aku ada benda yg xpuas hati,aku lepaskan geram kat blog ni...hehehe...ok aku mintak diri dulu... Assalamualaikum... :-)

25 Jun, 2011

Gambar Porno dalam Surah Yasin



Seorang pengawal keselamatan 'terkejut beruk' apabila menemui 8 keping gambar lucah pelbagai aksi di celah-celah surah Yasin ketika sedang membaca surah tersebut di Masjid Negeri Pulau Pinang,4.30 petang semalam.Beliau yang bertugas di masjid tersebut kemudiannya memaklumkan penemuan itu kepada Imam Besar Masjid Negeri,Yusuff Ahmad setelah menemuinya.Beliau selalunya membaca surah Yasin selepas menunaikan solat. 

18 Jun, 2011

Obor Sukan Olimpik London 2012


Obor merupakan salah satu pelengkap yang perlu ada dalam setiap Sukan Olimpik.Baru-baru ini,reka bentuk baru bagi obor Sukan Olimpik 2012 ini telahpun didedahkan secara rasmi.Obor tersebut (gambar atas) akan diarak ke seluruh dunia sebelum dinyalakan pada temasya tersebut di London.

Siapakah yang mereka obor tersebut? Perekanya 'yang bertuah' itu ialah Edward Barber dan Jay Osgerby. Tentunya mereka akan merasa gembira dan bangga kerana obor rekaan mereka berdua akan diarak dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

Obor tersebut mempunyai 8,000 rongga kecil yang mewakili 8,000 orang yang membawa obor ini,dan berbucu tiga yang melambangkan sudah 3 kali temasya ini diadakan di United Kingdom.Untuk menjadi pemegang obor Olimpik,obor ini perlu diarak sejauh 1 batu dan pengaraknya mesti berusia 12 tahun ke atas. Memandangkan obor ini perlu dinyalakan api di atasnya,maka orang yang membawa obor ini mestilah tahan kepanasan.Maka gandingan Barber-Osgerby telah menghasilkan rongga tersebut supaya udara akan menyerap masuk ke dalam obor tersebut dan menyejukkan obor tersebut.
      

05 Jun, 2011

Iklan:Perodua Lagi Best



Perodua telah melalui jalan yang berliku selepas pelancaran Kancil.Dari menjadi pengeluar kepada kereta pertama  sewaktu memperoleh lesen memandu,kini ia telah menjadi jenama No.1 Malaysia,dan Perodua kini menjadi jenama pertama bagi mereka yang baru memiliki kereta.

Dari Kancil ke Rusa,Kembara,Kenari,Kelisa,Myvi,Viva,Nautica dan Alza,kini model Perodua terkini seperti Alza,Viva dan Myvi menjadi model terlaris di Malaysia.

Jadi,apabila pengeluar kereta no.1 ini mengadakan peraduan Perodua Audtions untuk mencari peminat setia dan untuk mencari bakat baru yang pandai berlakon,menari dan menyanyi,Perodua kini sedang memburu anda!

Perodua Auditions

Dan lagi satu,anda tidaklah mendapat hadiah 'tak seberapa' seperti pen dan buku nota sebagai hadiah saguhati.Sebaliknya,dapat menang komputer iPad bagi 5 pemenang saguhati!

Dan ini cara untuk anda menang...
  Perodua Auditions

Tunggu apa lagi? hantarkan video kreatif ciptaan anda ke Laman Facebook MyPerodua sekarang!