Please give me one click, TQ :)

01 April, 2011

Jangan raikan April Fool


Kepada semua,walau pun hari in ialah hari April Fool's Day,namun janganlah sekali-kali disambut kerana ia akan menjadikan kita orang yang suka membodohkan orang lain.

Sebenarnya April Fool adalah sejenis budaya penganut agama Kristian.April Fool dikaitkan dengan tragedi berdarah ke atas umat Islam di Granada,Sepanyol pada 1 April 1847 Masihi yang dikenali sebagai 'The April Fools Day' oleh golongan Kristian.

Sudah jelas,budaya April Fool sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam.Budaya April Fool sebenarnya mengajar kita untuk menjadi orang yang berdusta,berbohong,munafik dan suka membodohkan orang lain.Islam sebaliknya menyuruh umatnya supaya bersifat jujur dalam kehidupan.

Orang yang meraikan April Fool sememangnya tidak akan terlepas dengan sikap mazmumah (keji) dan pelbagai sikap buruk yang bertentangan dengan Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan