Please give me one click, TQ :)
04 April, 2011
Facebook disaman RM3 bilion
Laman sosial terkenal,Facebook dan Pengasas juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) nya,Mark Zuckerberg disaman lebih AS$1 bilion (RM3.3 bilion)kerana menyiarkan muka surat 'Intifada Ketiga Palestin' (gambar),lapor sebuah akhbar semalam.
Saman tersebut difailkan oleh peguam serta aktivis pejuang hak Yahudi,Larry Klayman di sebuah mahkamah tinggi di Washington,Khamis lalu.
Dalam samannya,Klayman mendakwa Facebook lewat memadam muka surat tersebut dan mendakwa Facebook sengaja membiarkan muka surat itu untuk untuk menentang Israel serta untuk tujuan komersial.
Halaman Facebook yang mengajak orang ramai menentang Israel,telah menarik lebih 300,000 orang untuk mengklik 'suka' pada halaman itu.
Intifada atau kebangkitan menentang Yahudi itu dijangka akan diadakan 15 Mei depan.
Muka surat tersebut telah cuba dipadam oleh Facebook pada 29 Mac lalu,setelah beberapa orang telah membuat aduan termasuklah Menteri Diplomatik Awam Israel,Yuli Ederstein dan sebuah pertubuhan pro-Israel,Liga Anti-Defamasi.
Mengulas mengenai kes tersebut,seorang jurucakap Facebook berkata,dakwaan Klayman itu sama sekali tidak berasas.
'Kami akan menentang habis-habisan kerana kami sememangnya tidak bersalah,'katanya.
Menurutnya,muka surat itu dikekalkan kerana ia bermula sebagai gesaan ke arah bantahan aman sebelum komen-komen di muka surat tersebut bertambah ganas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan