Please give me one click, TQ :)

04 April, 2011

Takziah Seri Bayu


Penulis lirik terkenal era 80-an,Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaluddin Sulik,45,telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 8.30 malam semalam di Hospital Port Dickson,akibat penyakit saraf 'motoneuron disease' yang dihidapinya sejak 2004 serta jangkitan kuman pada paru-paru.

Sebelum kematiannya beliau telah mengarang lirik lagu yang terakhir iaitu 'Sebelum Aku Pergi' yang dikarang khusus untuk anak angkatnya,Nazira Abdul Ghani,16,yang baru bertapak dalam bidang nyanyian.

Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada industri seni negara kerana arwah banyak menghasilkan lagu-lagu yang terbaik.

Sepanjang hayatnya,arwah yang dilahirkan di Singapura telah menghasilkan 2,000 buah lagu dan penyanyi yang telah mendendangkan lagu-lagu nukilannya ialah Fauziah Latiff,Francisca Peter,Jamal Abdillah,Anita Sarawak dan ramai lagi.

Arwah pernah berkahwin sebanyak 2 kali dan hasil perkahwinan pertamanya beliau dikurniakan 5 orang anak.Beliau kemudian telah bercerai dengan isteri pertamanya pada 2002.

Beliau kemudiannya telah mengahwini penyanyi Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Awang Moshdad pada 19 Disember 2006 di Kuching,Sarawak.Bagaimanapun Erema kemudiannya telah memfailkan tuntutan fasakh ke atas beliau pada 2008 kerana kegagalan beliau menunaikan tanggungjawab sebagai suami.Namun Seri Bayu enggan melepaskan Erema dan kes itu masih berjalan sehingga kini.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 12,Tok Pelanduk,Port Dickson selepas solat Zohor.Semoga Allahyarham mencucuri rahmat keatas rohnya...Al-Fatihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan