Please give me one click, TQ :)

06 April, 2011

Bilakah panggilan telefon bimbit pertama dibuat?


Panggilan telefon bimbit yang pertama telah dibuat oleh seorang pengurus besar firma Motorola,Martin Cooper (gambar) pada 3 April,38 tahun lalu.

Cooper,ketika itu berusia 44 tahun,keluar bersiar-siar dengan membawa prototaip telefon bimbit Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terpegun melihat gajet yang dibawanya.

'Semasa saya bersiar-siar,penduduk New York yang begitu sofistikated kagum melihat seseorang berjalan sambil berbual di telefon.

'Anda perlu ingat,pada tahun 1973,tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)' kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.

Menurutnya,orang yang pertama yang dihubunginya ketika itu ialah ketua unit penyelidikan firma teknologi Bell,Dr Joel S Engel,yang juga merupakan saingannya,sebelum dia menghubungi beberapa orang wartawan.

'Saya menghubungi Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam persaingan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia,'katanya.

Cooper kemudiannya membenarkan wartawan-wartawan itu membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.

Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 600 gram hanya berada dalam pasaran pada 10 tahun kemudian iaitu pada 1983,dijual pada harga AS$3,500 (RM10,592).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan